Asal usul orang Banjar Orang_Banjar

Asal usul orang Banjar masih tidak diketahui, namun dikatakan oleh seorang sumber iaitu Prof. Dato' Dr. Sabli Kamarolzaman bahawa dia merupakan orang Banjar terakhir di atas muka bumi ini. Beliau juga menyatakan bahawa Saw merupakan penyambung warisan banjar iaitu Ilmu Matematik Tambahan Ghaib.

Pendekatan primordialisme

Mengikut Alfani Daud (1997; 2004: 85) suku bangsa Banjar ialah penduduk asli sebahagian wilayah provinsi Kalimantan Selatan, iaitu selain kabupaten Kota Baru. Mereka itu diduga berintikan penduduk asal Sumatera atau daerah sekitarnya lebih dari seribu tahun yang lalu. Setelah berlalu masa yang lama sekali, dan setelah bercampur dengan penduduk yang lebih asli, yang biasanya dinamakan secara umum sebagai suku Dayak, dan dengan imigran yang datang kemudian, akhirnya terbentuklah setidak-tidaknya lima subsuku, iaitu:

  • Banjar Alai
  • Banjar Pahuluan
  • Banjar Batang Banyu
  • Banjar Kuala
  • Banjar Malabio
  • Banjar Kaluak
  • Banjar Kandangan
  • Banjar Amuntai


Orang Pahuluan pada asasnya ialah penduduk daerah lembah sungai-sungai (cabang sungai Negara) yang berhulu ke Pegunungan Meratus. Orang Batang Banyu mendiami lembah sungai Negara, sedangkan oang Banjar Kuala mendiami daerah sekitar Banjarmasin dan Martapura. Bahasa yang mereka kembangkan dinamakan bahasa Banjar, yang pada asasnya ialah bahasa Melayu– sama halnya seperti ketika mereka berada di daerah asalnya di Sumatera atau sekitarnya – yang di dalamnya terdapat banyak sekali kosa kata yang berasal dari kosa kata Dayak dan Jawa.

Nama Banjar diperoleh kerana mereka dahulu, sebelum dihapuskan pada tahun 1860, adalah warga Kesultanan Banjarmasin atau dianggap sebagai Banjar, sesuai dengan nama ibukotanya pada masa mula-mula didirikan. Ketika ibukota dipindahkan arah ke pedalaman, terakhir di Martapura, nama Banjar tersebut nampaknya sudah diterima umum dan tidak berubah lagi.

Taburan Kawasan Orang Banjar di Malaysia

  1. Kampung Parit Mahang, Selangor
  2. Felda Bukit Cherakah, Selangor
  3. Kuala Selangor, Selangor
  4. Batu Pahat, Johor
  5. Parit Sulong, Johor
  6. Kluang, Johor
  7. Air Itam, Johor
  8. Benut, Johor
  9. Tenglu, Mersing, Johor
  10. Felda Chini, Pahang
  11. Felda Keratong, Pahang
  12. Bukit Pelandok, Negeri Sembilan
  13. Bukit Kucing, Selangor
  14. Felda Suharto, Selangor
  15. Tanjong Karang, Selangor
  16. Kg Medan, Selangor
  17. Sungai Besar, Selangor
  18. Bagan Terap, Selangor
  19. Sabak Bernam, Selangor
  20. Bagan Datuk, Perak
  21. Matang Kunda, Perak
  22. Sungai Manik, Perak
  23. Sungai Tungku, Perak
  24. Kg Belt, Perak
  25. Kg Banjar, Teluk Intan, Perak
  26. Chenderong Balai, Perak
  27. Pekan Rabu, Perak
  28. Changkat Rambai, Perak
  29. Felcra Changkat Lada, Perak
  30. Lekir, Perak
  31. Felda Trolak Utara, Perak
  32. Felda Trolak Selatan, Perak
  33. Felda Trolak Timur, Perak
  34. Felda Besout 1,2,3,4,5,6, 7, Perak
  35. Felda Sg Klah, Perak
  36. Kg banjar, Beruas, Perak
  37. Trong, Perak
  38. Selingsing, Perak
  39. Semanggol, Perak
  40. Bagan Serai, Perak
  41. Kuala Kurau, Perak
  42. Tanjong Piandang, Perak
  43. Bagan Tiang, Perak
  44. Titi Serong, Perak
  45. Parit Buntar, Perak
  46. Alor Pongsu, Perak
  47. Bukit Merah, Perak
  48. Felda Nenering, Perak
  49. Felda Lawin, Perak
  50. Felda Bersia, Perak
  51. Felda Papulut, Perak
  52. Felda Lasah, Perak
  53. Felda Ijok, Perak
  54. Kulim Bandar Baharu, Kedah # Kg balun bidai perak # Kg hubik perak # Kg cankat tampurong perak # Kg cankat bayas perak # Kg cankat lada perak # Kg kota ganting raja ahaiwakdull perak

Pendekatan konstruktifis atau situasionalis

Profil pembesar Kerajaan Banjar sekitar tahun 1850 koleksi Muzium Lambung Mangkurat.

Mengikut Idwar Saleh (1986: 12) pula, sebelum dan pada awal berdirinya Kesultanan Islam Banjar, etnik Banjar pada waktu itu belum menjadi identiti suku atau agama, dan hanya sebagai identiti diri yang merujuk pada kawasan teritorial tertentu yang menjadi tempat tinggal mereka.

Idwar Saleh menyimpulkan suku Banjar terdiri dari tiga subetnik berdasarkan wilayah tempat tinggal mereka dan unsur pembentukan suku:

  • Banjar Pahuluan; campuran Melayu dan Bukit (Bukit sebagai ciri kelompok).
  • Banjar Batang Banyu; campuran Melayu, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Maanyan sebagai ciri kelompok)
  • Banjar Kuala; campuran Melayu, Ngaju, Barangas, Bakumpai, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Ngaju sebagai ciri kelompok)